perigi mencari timba???: Sunday, 27 May 2012
assalamualaikum... skang nie sye rase mcm trlalu bosan.. bosan dgn hidup nie.. sbb ape?? sbb sye rase, sye mcm perigi mencari timba.. sye x nak! tp sye xdapat nak elak.. prasaan sye kat dye, mmg xdpt nak elak.. skang nie, dah 4org sye reject.. tue pun sbb sye nak tunggu dye..petang ni aku mahu berkongsi pasal ape yang sering di fikirkan oleh masyarakat tentang peribahasa yang berbunyi 'perigi mencari timba'. peribahasa ini merujuk kepada wanita yang memikat lelaki. bagi aku tak salah asalkan tidak menyalahi syariat Islam, apa salahnya kalau wanita juga berusaha untuk memikat lelaki. wanita memang wajar meluahkan rasa hati tetapi dengan cara beradab.
ape yang tak betulnya apabila wanita itu merayu dan memujuk agar lelaki itu menerima cintanya. Kena ingat, tidak semestinya anda cakap suka, orang itu boleh terima. oleh itu jangan terlalu mengharap. dan apabila cinta itu ditolak, jangan rasa malu, rasa terhina atau rendah diri. anggaplah ianya normal. bersabarlah, berdoa, beristiqamah dan jangan putus asa. Mungkin pertama kali ditolak tetapi usaha kedua atau seterusnya mungkin berjaya. :)
bagi aku tak salah wanita yang meminati dan menyatakan perasaan suke kepada seorang lelaki asalkan jangan over sehingga menampakkan diri wanita itu murah. Apabila suka dengan si dia, janganlah terlalu menunjuk sangat sebaliknya jaga imej dan maruah diri kite kerana kita masih lagi berpegang pada budaya ketimuran dimana wanita mempunyai sifat malu dan lemah lembut.
jangan cepat mengeluh andai cinta wanita ditolak kerana wanita boleh menggunakan pendekatan lain seperti mengambil berat dan menunjukkkan kecenderungan minat yang sama terhadap lelaki itu. apabila sudah rapat dan minda jadi terbuka, lalu mudah untuk bercakap dari hati ke hati. wanita yang ditolak cintanya perlu berfikiran positif. biarpun tidak menjadi pasangan, teruskan perhubungan sebagai rakan. secara tidak langsung lelaki itu akan hormat kepada wanita yang bersikap matang. mungkin satu hari nanti lelaki itu terbuka hati untuk menerima wanita itu.
Hati manusia bukanlah hati batu, lambat laun ia akan cair juga. jika dah memang jodoh kite, susah macam mana sekalipon kite tetap memperolehinya. cume yang beza hanya laa masa. sama ada cepat atau lambat untuk kite memilikinya. den tahu sape lah den nak berbicara semacam ni ahahhaha. tapi ape yang den tulis ni adalah ape yang den raso aje ehh. semua adalah atas individu tu sendiri sama ada nak menerimanye atau pon tidak. tu je. tak perlu nak judge terus andai kalian bukan berada dalam situasi seperti ini.
aku pon baru tahu pasal ni, aku akui memang sebelum ni aku sendiri tak dapat menerima bile wanita memulakan dulu langkah untuk meminati sorang lelaki. ternyata tu semua salah jika kite tahu cara yang betul dan cara yang sepatutnye kite ambil jika dah suke sama itu lelaki. ehhehe. sebab dalam Islam amalan merisik dan meminang bukan hanya dilakukan oleh pihak lelaki.
sila lah ubah mentaliti kalian pasal ini peribahasa kerana ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita. Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah s.a.w. dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta, cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya baginda. renung renungkan lah yee kalian ehhehehe. PEACE yayw :)
sources from : Sini & Sini
adebetul nyer aper yg ditulis diatas ini.. tp, sye tetap takut nak luahkan... yer lah.. dye kan dha ade awekz.. dye syg awekz dye tue..
Labels: perigi mencari timba